Seorang pengganggur didakwa di Mahkamah Majistret George Town, Pulau Pinang hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang penghantar makanan dengan penukul besi, Selasa lalu.
Bagaimanapun, tertuduh Muhammad Aslam Hashim, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Jamaliah Abd Manap pagi tadi.